4 hours ago
Intermeso
Kalau cuma agak-agak,konon-konon dan juga telahan: Lebih Baik, Lebih Manis, Lebih Afdal Tutup Mulut Diam.
Tentang Diri
- Syaidul Azam Bin Kamarudin
- > Tanah kelahiran di Parit, Perak Darul Ridzuan. Berkhidmat sebagai guru sebelum bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah bertugas di Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP Kuala Lumpur (1 tahun), DBP Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan (7 tahun). Dan kini bertugas di DBP Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor. Menulis puisi, cerpen dan artikel. Karya kreatif tersiar di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Wanita, Berita Perak, CAP,dll. > Menghampiri fotografi sebagai hobi sekiranya tidak bermain muzik atau memancing. Menggunakan NIKON D60 untuk tujuan kreatif ini.
8.7.09
KuCari Cahaya-Mu

FOTO OLEH : SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
LOKASI : MASJID MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM
Membeli buku kemudian ditandatangani oleh penulis di kulit buku dengan beberapa kata perangsang kadang-kadang pengharapan penulis merupakan sebuah himpunan yang indah. Dalam banyak-banyak buku yang saya peroleh sebegitu, satu catatan di kulit buku ini sentiasa terbayang dan teringat-ingat. Saya tidak tahu mengapa.
Buat sdra S. Azam,
Salam puisi dan hormat selalu daripada penulis.
Sama-samalah kita berjihad melalui puisi.
Didoakan sentiasa memperoleh rahmat & berkatnya.
Amin.
3.7.09
Batu-Batu di Jalanan

FOTO: Diambil dari blog AL-KURAUWI
DIEDIT OLEH : SYAIDUL AZAM BIN KAMARUDIN
HSKU 2008 telahpun berlangsung. Saya tidak hadir pada hari penyampaian tersebut kerana menjadi juri Debat Pengguna antara IPT di UTHM Batu Pahat, Johor. Saya berhasrat benar untuk hadir HSKU kerana inilah undangan kali pertama saya ke pentas HSKU yang sangat gah dan konsisten. Namun saya ke Batu Pahat kerana janji yang telah lebih dahulu dibuat dengan pihak DBP.
Tiga Jalur Kasih (Judul asal, Terima Kasih Cikgu) karya lama. Saya tulis pada tahun 2002 (jika tidak silap). Saya peram lama. Terilham semasa mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih di SMK Iskandar Shah Parit, Perak. Saya bawa ke Kuala Lumpur semasa bertugas di DBPKL. Saya bertukar pula ke DBP Wilayah Timur, dan drafnya sentiasa saya baca tanpa mengubah apa-apa. Kisah ini adalah cebisan pengalaman saya bersama-sama pelajar kelas peralihan yang kurang pandai membaca dan menulis. Memanglah terasa jurang mengajar ketika itu kerana saya juga ditugaskan mengajar pelajar tingkatan 6 atas yang pastinya penuh komitmen dengan azam untuk ke universiti. Dapat pula mengajar di kelas peralihan memang memerlukan ketabahan yang luar biasa.
Minggu Penulis Remaja (MPR) sentiasa saya ingati. Kerana di sinilah saya diajar menulis dengan cara yang betul. Di samping perkenalan dengan rakan-rakan penulis Kelantan yang sentiasa meniupkan semangat penulisan kepada saya terutama Abdul Hadi Yusoff dan Norhisham Mustaffa. Merekalah yang kerap bertanyakan karya saya. (Abdul Hadi ketika bersarapan di kedai 'keliling'. (Kedai minum, nasi berlauk yang biasa terdapat di Kelantan) Atau Abang Norhisham ketika minum kopi yang dicampur dengan marjerin.) Dan inilah karya pertama saya yang termuat dalam antologi yang secantik ini. Syukran.
17.6.09
Karya Lama dari Fotopages
Laman fotopages saya sudah tidak aktif. Peringkat awal minat dalam fotografi itulah ruang pengkaryaan saya. Dua hari lalu seseorang menelefon saya. Dia ingin membeli gambar dari laman fotopages tersebut. Saya agak terkejut kerana inilah pertama kali karya fotografi saya diingini sehingga sanggup dibeli! Sedangkan gambar itu saya ambil menggunakan kamera kompak yang kecil sahaja sebelum berpeluang memiliki NIKON D60. (catatan: Bukan dua gambar ini yang dibeli oleh insan tersebut)

FOTO OLEH: SYAIDUL AZAM KAMARUDIN

FOTO OLEH : SHABIHAN (MOMENT CAPTURE)
DIEDIT OLEH :SYAIDUL AZAM KAMARUDIN

FOTO OLEH: SYAIDUL AZAM KAMARUDIN

FOTO OLEH : SHABIHAN (MOMENT CAPTURE)
DIEDIT OLEH :SYAIDUL AZAM KAMARUDIN
15.6.09
14.6.09
Pulau Pangkor

FOTO OLEH : SYAIDUL AZAM BIN KAMARUDIN
Walaupun bergelar anak jati Perak, namun ini kali kedua saya berpeluang menjejakkan kaki ke destinasi ini. Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan yang masyhur di Perak perlu kepada usaha penambaikan. Kebersihan di kedai-kedai makan haruslah diberi perhatian serius selain perkhidmatan kereta sewa yang menghampakan. Hanya keindahan pantai yang boleh dibanggakan di sini. Ya, hendaknya khazanah alam yang satu ini abadi dalam biru-hijaunya.
8.6.09
HSKU 2008

Syukran. Cerpen Tiga Jalur Kasih terpilih sebagai penerima hadiah penghargaan, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) bagi tahun 2008. Dan saya sangat terharu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulurkan ucapan tahniah. Saya percaya mereka sentiasa memerhatikan dan mengharapkan saya akan terus berkembang dalam bidang yang sangat saya kasihi ini. Terima kasih kepada Abdul Hadi Yusoff, Norhisham Mustaffa, Sharrul Rizal Hashim, Sahrunizam Talib, Rusdi Abdul Rahman, Nik Azri, Satinah Ziran dan Saleha Che Seman.
30.5.09
28.5.09
Subscribe to:
Posts (Atom)



